Ketahui Amalan Makanan Kucing Anda

Kucing adalah bersifat karnivor

Jika dibandingkan dengan manusia yang bersifat omnivor, amalan makanan kucing berdasarkan haiwan bersifat karnivor, jadi tubuh mereka dicipta khas untuk diet yang sedemikian. Pemberian makanan kucing yang bersesuaian dengan umur, cara hidup, sensitiviti tertentu dan baka merupakan cara yang baik untuk menjaga kesihatannya.

Rahang kucing mempunyai 30 gigi tajam yang bertujuan untuk memotong dan bukan untuk mengunyah makanan. Air liur kucing juga tidak mengandungi enzim pencernaan - sebaliknya, perut kucing berfungsi untuk menelan “mangsa”. Disebabkan cara makanan kucing yang istimewa ini, mereka mampu untuk makan dalam linkungan 12 hingga 18 makanan kecil dalam satu hari dan secara umumnya, mengambil masa 30 minit setiap kali dalam tempoh masa 24 jam. Kucing hanya mampu mencerna beberapa gram setiap "hidangan" dan ini bermakna makanan akan terkumpul dan membentuk bahagian-bahagian besar sebelum ia disalurkan ke perut untuk proses pencernaan.

Oleh yang demikian, kucing memerlukan diet yang spesifik yang mengambil kira bukan sahaja cara hidup atau usianya tetapi juga kesihatan, status kucing sama ada ia telah dikembiri, sifat spesifik baka dan sensitiviti tertentu untuk memenuhi keperluan nutrisi dan kesihatan kucing. 

Kucing indoor atau kucing outdoor

Kucing indoor jarang keluar dari rumah dan pengunaan tenaga mereka biasanya sedikit. Pengambilan makanan normal bagi kucing yang tidak mempunyai berat badan berlebihan adalah lebih kurang 50g makanan kering yang mengandungi 350kcal/100g.

Bagi kucing-kucing yang cenderung makan untuk menghabiskan masa mereka, memang ternyata penting untuk menetapkan kuantiti makanan yang diberikan setiap hari. Pada masa yang sama, pilihan makanan kucing yang mempunyai densiti tenaga sederhana adalah juga penting untuk mengurangkan risiko berat badan berlebihan yang disebabkan oleh cara hidup kucing yang sedentari di dalam rumah, terutamanya juga kucing yang telah dikembiri. Kami sedar bahawa proses kembiri ke atas kucing akan menyebabkan pengurangan hormon dan keinginan kucing untuk bersenam. Ia juga akan merangsang dan meningkatkan selera makan kucing. Kebiasaannya, berat badan kucing yang telah dikembiri meningkat sebanyak 30% dalam tempoh masa beberapa bulan! 

Untuk kucing outdoor yang sentiasa keluar daripada rumah, ia mempunyai keperluan tenaga yang tinggi - lebih kurang 70kcal/kg mengikut berat badan sehari. Ini akan meningkat dan kebiasaannya, tidak tetap berdasarkan masa yang kucing luangkan berada di luar rumah, kawasan yang sedia ada bagi kucing dan perubahan suhu sepanjang tahun. 

Kucing indoor dewasa menghabiskan 30% daripada masa mereka membersihkan bulunya. Bulu-bulu yang tertelan akan dicernakan melalui usus, tetapi aktiviti pembersihan bulu kucing ini membawa risiko pembentukkan hairball atau berbola bulu di dalam saluran penghadamannya. Penghadaman bulu-bulu kucing tersebut boleh dibantu dengan makanan yang diperkayakan dengan serat yang tidak beragi yang boleh merangasang sistem penghadaman usus kucing seperti Nutrience Cat Natural Indoor/Hairball Turkey, Chicken & Herring Formula (klik ke produk), Royal Canin Feline Care Hairball Care (klik ke produk) atau I17 Nutram Ideal Solution Support® Indoor Shedding Natural Cat Food (klik ke produk).

Kadang-kadang masalah hairball meyebabkan kucing enggan makan dan masalah ini boleh dibantu dengan memberikan mereka makanan julap seperti Troy Laxapet Gel (klik ke produk) 1-2 kali seminggu untuk membantu mengeluarkan hairball berlebihan dalam badan. 

Mengikut baka

Walaupun kucing-kucing pedigree lebih kerap berada di dalam rumah, keperluan setiap baka kucing adalah berbeza. Sebagai contoh, keperluan nutrisi kucing Maine Coon seberat 10kg dengan bulu sederhana panjang dan rahang yang kuat adalah berbeza dengan kucing Siam yang aktif dan berbulu pendek atau pun dengan kucing Persian yang berbulu panjang.

Kucing Siam memerlukan diet berprotein tinggi dan I-carnitine untuk membantu mengekalkan bentuk berotot yang panjang manakala kucing Persian harus diberikan makanan yang sesuai untuk bentuk rahangnya dan bulu panjangnya. 

Oleh yang demikian, makanan kucing seperti Royal Canin Maine Coon untuk baka Maine Coon, Royal Canin Persian untuk baka Persian, dan Royal Canin British Shorthair untuk baka British Shorthair, direka khas mengikut baka masing-masing yang mempunyai kandungan nutrisi yang berlainan.

Mengikut umur

Jangka hayat seekor kucing adalah lebih kurang 14 tahun, tetapi terdapat banyak juga kucing yang mencecah lebih daripada 20 tahun. Penjagaan yang baik dan pemakanan diet yang sesuai boleh membantu meningkatkan kualiti dan jangka hayat kucing.

Sistem imunisasi kucing-kucing yang lebih tua akan merosot dan ini akan menyebabkan penurunan keupayaan untuk menyerap nutrien makanan dan selera makan berkurang. Makanan bagi kucing yang lebih tua akan mempunyai tekstur yang lebih lembut, kandungan vitamin yang lebih tinggi dan ramuan yang spesifik untuk meningkatkan selera makan kucing seperti MeraCat Senior (klik ke produk).

Sensiviti tertentu

Dianggarkan 70% kucing-kucing yang melebihi 3 tahun mempunyai masalah gigi. Isu ini selalu tidak disedari tetapi kesakitan yang dialami kucing akan mempunyai kesan kepada tingkah laku kucing dan kesihatan amnya. Diet yang sesuai adalah penting untuk membantu mengekalkan kesihatan gigi yang baik.

Pemberian makanan kecil yang mempunyai saiz dan tekstur yang sesuai akan mengalakkan kucing menggunakan semua giginya untuk memotong makanan dan ini bertindak untuk mengosok permukaan giginya dan seterusnya melambatkan pembentukan plak.